Pada Jumaat, pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan seperti diarahkan hakim Mahkamah Syariah bagi sesi dengan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Ini adalah susulan Syamsul Yusof enggan melafazkan talak seperti yang dituntut oleh Puteri Sarah sebelumnya. Bagaimanapun sesi tersebut tidak menemui titik persefahaman di antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.
Sesi proses Jawatankuasa Pendamai itu dijalankan secara berasingan kerana Puteri Sarah tidak mahu berjumpa Syamsul. Difahamkan Saymsul membawa wakil iaitu sepupunya dan Puteri Sarah membawa adiknya.
Memetik laporan Kosmo, keputusan proses tersebut gagal mendapat persetujuan perdamaian dan Puteri masih kekal dengan pendiriannya untuk bercerai dan bertegas tiada apa-apa yang boleh dibawa berbincang kerana hatinya sudah tertutup untuk berdamai.
Dari pihak pengarah tersohor ini pula, Syamsul kecewa tak dapat jumpa Sarah di sesi perbincangan pendamaian oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tersebut. Difahamkan Sarah enggan bertemu dan menjalankan sisi di bilik berasingan.
Kata pengarah berusia 39 tahun itu, dia mahu Sarah menerima poligami ini. Syamsul juga mahu berjumpa Sarah untuk berbincang mengenai giliran (bersama isteri-isteri), dalam seminggu berapa hari berjumpa.
Tambahnya lagi, bercerai bukanlah jalan yang mudah dan dapat menyelesaikan masalah kerana pelbagai faktor lain yang perlu difikirkan seperti hal nafkah dan anak-anak.
Bagaimanapun Syamsul kecewa tak dapat bertemu Sarah dalam sesi tersebut tetap menghormati proses dijalankan dan berharap agar konflik rumahtangga yang terjadi menemui pendamaian.