Video Azwan Ali Baca Surah Jadi Perhatian Dan Dipuji, “Semoga Dia Berubah…”

Sponsored

Sebut sahaja nama Azwan Ali, pastinya umum sedia tahu akan sifat lantangnya bersuara di media sosial. Malah kelantangannya dalam bersuara dan menggunakan perkataan kasar membuatkan ada sesetengah netizen kurang senang dengannya.

Bagaimanapun, terbaharu video Azwan Ali baca surah di Utusan TV telah menjadi bualan ramai. Penampilan Azwan Ali di sosial media agak berbeza dari kebiasaannya membuatkan ramai terkejut.

Sponsored

Dalam rakaman tersebut pengacara otai berkenaan membacakan Surah Al-Fatihah. Kelihatan Azwan Ali tampil dalam video tersebut dengan skarf di leher, bersongkok serta berkaca mata hitam. Tetap vass tau!

Berikut adalah perkongsian video Azwan Ali baca Surah yang menjadi perhatian warganet tersebut:

Sponsored

Memang nampak lain penampilan Azwan Ali muncul di TikTok tersebut. Siapa sangka dari sering jadi mangsa kecaman netizen, kali ini Azwan Ali dipuji ramai.

Perkongsian video ini telah meraih lebih setengah juta tontonan dan 31 ribu likes. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berbangga dengan penampilan Azwan Ali ini dan ada juga yang memujinya.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman tersebut:

“Moga Allah mudahkan lidah Azwan Ali untuk membaca Al-Quran”

“Dia mari dah Diva AA sobatt..Mantap alhamdulillah”

“Semoga dia berubah, mengaji selalu supaya lidah lebih lembut dan berhentilah dari memaki, mencarut”

“Walaupun ada kesalahan tajwid tapi pahalanya dua kali ganda dari orang yang memang pandai tajwid sebab dia sedang belajar. Alhamdulillah bro Azwan Ali”

SumberUtusan