Penghantar Makanan Dedah Pendapatan Lebih RM100K Jadi Bualan, “Orang Nampak Kita Selekeh Tapi Sebenarnya…”

Sponsored

Tular di Twitter baru-baru ini perkongsian tentang seorang penghantar makanan yang mendedahkan pendapatan yang diraihnya. Menerusi hantaran yang dimuat naik semula itu, penghantar makanan tersebut memberitahu dia berjaya mencapai pendapatan melebihi RM100,000 selepas pulun bekerja siang dan malam.

Di dalam perkongsian yang sama, turut disertakan gambar di dalam e-dompet milik penghantar makanan itu yang telah mencecah RM100,000. Menurutnya, duit yang terkumpul itu adalah hasil titik peluh bekerja sebagai penghantar makanan atau rider selama ini.

Sponsored

Tambahnya, selama ini orang ramai memandang rendah terhadap kerja sebagai penghantar makanan namun sebenarnya dalam diam, mereka boleh mencapai pendapatan setinggi itu. Perkongsian tersebut turut menimbulkan pelbagai persoalan di mana ramai yang tertanya sama ada ia benar ataupun tidak.

Menurut netizen, agak mustahil untuk mencapai pendapatan setinggi itu hanya dengan bekerja sebagai penghantar makanan. Namun ada juga yang mendakwa perkara itu tidak mustahil untuk dicapai asalkan mereka bekerja 12 jam sehari tanpa henti sekaligus memerlukan tenaga dan keupayaan yang tinggi.

Sponsored

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan gambar yang dikongsikan itu hanyalah edit semata-mata dan tidak seperti yang didakwa. Tambah netizen, gambar e-dompet yang ditunjukkan itu juga kelihatan pelik dan nampak seperti disunting.

Komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terkejut melihat jumlah pendapatan yang dikongsikan penghantar makanan ini. Dalam masa yang sama, netizen turut berseloroh mungkin selepas ini para ‘rider’ pula boleh memberikan duit tips kepada pelanggan mereka.

Sponsored

“Kalau dulu kita selalu bagi tips dekat rider sekarang ni rider pula kot boleh bagi tips dekat customer.”

“Earnings RM200 is achievable tapi pagi sampai malam kerja + 12 jam…”

Perkongsian yang dimuat naik di Twitter ini telah pun mencapai lebih sejuta tontonan dan hampir 6,000 likes setakat ini. Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya, perkongsian tersebut telah berjaya menjadi bualan netizen yang sehingga kini tertanya-tanya tentang pendapatan sebenar sebagai penghantar makanan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter