Pelakon Puteri Sarah ada memuat naik perkongsian di Instagram yang mengatakan suaminya, Syamsul Yusof telah melantik peguam buat madunya membela diri di mahkamah. Macam yang semua sedia maklum, Ira Kazar telah diminta untuk membela diri selepas didakwa mengganggu rumah tangga pasangan itu.
Di dalam hantaran itu, Puteri Sarah berkongsikan semula hantaran yang dimuat naik oleh pengurusnya di Instagram. Pengurusnya mengatakan tindakan Syamsul yang telah melantik peguam buat Ira Kazar itu bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut untuk kedua-dua belah pihak.
“Aduhai, boleh pula dia lantik peguam untuk ‘backup’ isteri kedua daripada masuk penjara. Macam Megatron lawan Optimus Prime. Sedih la, kalau nak betulkan bukan cara gini bro. Ni memang luncai dengan abu.”
Walaupun begitu, wanita itu percaya ini adalah satu petunjuk buat Puteri Sarah apabila sudah diketahui di manakah pendirian Syamsul buat masa ini. Dalam masa yang sama, pengurus pelakon wanita itu turut mendoakan agar anak-anak Puteri Sarah membesar dengan didikan yang baik terutamanya Syaikhul sebagai anak lelaki.
“Tapi alhamdulillah. Mungkin salah satu doa Sarah untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab. Sekarang kami tahu dah dimana pendirian kamu (Syamsul). Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana.”
Puteri Sarah turut membalas hantaran tersebut dan memberitahu dia tidak berasa gentar dengan tindakan suaminya itu. Malah dia juga berseloroh menulis ‘the more the merrier’ beserta hashtag lawan tetap lawan sekaligus menunjukkan keberaniannya untuk terus berjuang walau apa pun yang terjadi.
Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan selepas Syamsul Yusof akhirnya mengaku telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand. Susulan pengakuan ini, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya pada 16 Januari lalu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.