Isu Pekerja Cuci ‘Microwave’ Dengan Mop Jadi Bualan Hangat, Kedai Serbaneka Popular Tampil Mohon Maaf

Sponsored

Baru-baru ini, tular perkongsian di Twitter memaparkan gelagat seorang pekerja di kedai serbaneka yang menggunakan mop untuk mencuci ‘microwave’ di dalam kedai. Tindakan jijik pekerja itu kemudiannya membangkitkan kemarahan ramai dan membuatkan ramai berasa loya melihatnya.

Oleh kerana ‘microwave’ tersebut digunakan oleh para pelanggan di kedai serbaneka itu, ramai yang mempersoalkan tindakan pekerja itu menggunakan mop untuk mencucinya. Di dalam perkongsian tersebut, individu itu juga meminta pihak pengurusan kedai serbaneka itu memantau isu terbabit dan mengambil tindakan.

Sponsored

Perkongsian itu juga membuatkan ramai terkejut bagaimana pekerja itu boleh terfikir untuk menggunakan mop yang kotor itu bagi mencuci bahagian dalam ‘microwave’ itu. Hantaran gambar yang dimuat naik di Twitter itu kini telah menerima lebih dua juta tontonan setakat ini.

Dikecam teruk oleh netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa jijik dan loya melihat tindakan pekerja asing itu mencuci peranti elektrik yang digunakan oleh pelanggan kedai tersebut. Malah ada juga bekas pekerja di kedai serbaneka itu memaklumkan mereka tidak diajar untuk menggunakan mop bagi membersihkan bahagian dalam ‘microwave’ seperti itu.

Sponsored

Permohonan maaf

Susulan isu yang hangat diperkatakan ini, pihak pengurusan kedai serbaneka popular itu telah tampil dengan permohonan maaf di Twitter. Di dalam kenyataan itu, mereka memohon maaf di atas insiden yang berlaku itu di mana ia jelas melanggar protokol kebersihan premis kedai terbabit.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam itu juga, mereka memaklumkan telah mengambil tindakan terhadap pekerja tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat itu tidak menjelaskan lebih lanjut tentang jenis tindakan yang diambil terhadap pekerja asing terbabit.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter