Syamsul Yusof ‘Throwback’ Video Bercuti Dengan Isteri Pertama

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama Syamsul Yusoff yang merupakan pengarah dan pelakon tersohor sering sahaja mencuri perhatian ramai. Ini terjadi kerana kemelut rumahtangganya dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana yang satu persatu didedahkan kepada umum.

Malah pengakuan dibuat sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar membuatkan namanya semakin hangat diperkatakan. Biarpun sebulan sudah berlalu selepas pendedahan itu namun nama pelakon dan pengarah ini masih hangat diperkatakan.

Sponsored

Terbaharu menerusi akaun TikTok milik Syamsul Yusof, pengarah ini berkongsikan semula video ‘throwback’ bercuti dengan isteri pertama. Dalam rakaman tersebut turut terlihat anak sulung mereka, Syaikhul masih kecil di sebuah restoran.

Turut tertulis di ruangan kapsyen, ‘The most beautiful memories’. Berikut adalah perkongsian Syamsul Yusof ‘throwback’ video bercuti dengan isteri pertama ini:

Sponsored

Perkongsian terbaharu Syamsul Yusof ini telah mencuri perhatian ramai dengan lebih 100 ribu tontonan. Difahamkan video tersebut adalah rakaman ketika keluarga bahagia ini bercuti di Shinjuku, Tokyo, Jepun.

Untuk rekod, Puteri Sarah iaitu isteri pertama Syamsul Yusof telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sponsored

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof disatukan dalam satu majlis pada tahun 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Harapnya keluarga ini dapat kembali bersatu dan lebih bahagia dari sebelumnya.