Isteri Hafidz Roshdi Perli Kenyataan Athira Yuhada, “9 Tahun Kena Try? Wow Hebatnya You Dikejari…”

Sponsored

Selepas lama mendiamkan diri, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi akhirnya membuka mulut tentang isu kecurangan suaminya selama ini. Terdahulu, Shuhada memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagram seolah-olah mengiyakan dakwaan curang suaminya itu adalah benar.

Baru-baru ini pula, Athira Yuhada yang dikatakan sebagai ‘penyondol’ di dalam rumah tangga pasangan ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, dia mengaku sudah cuba sedaya upaya untuk mengelak apabila pelakon itu cuba mendekatinya selama 9 tahun.

Sponsored

Perkongsian itu turut menerima reaksi dari Shuhada yang berterima kasih di atas permohonan maaf dari wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya ini. Namun Shuhada turut menempelak wanita itu apabila dia seakan-akan cuba meletakkan kesalahan itu pada orang lain.

Ada fakta yang bercanggah

Menurutnya, terdapat beberapa fakta yang bercanggah dengan apa yang dikongsikan oleh wanita itu. Berdasarkan bukti yang dilihat dengan matanya sendiri, Hafidz Roshdi dan wanita itu dilihat masih lagi berhubungan sehingga 25 Januari yang lalu dan bukan seperti apa yang dikatakan Athira bahawa hubungan mereka sudah lama berakhir.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Shuhada turut menasihatkan wanita itu untuk tidak menunding jari kepada Hafidz sahaja kerana baginya ‘bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’. Malah dia turut memerli kenyataan wanita itu yang mengatakan suaminya telah mengejarnya dan cuba mendekatinya selama 9 tahun.

“Kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, anda sendiri tahu betapa pantasnya hubungan korang bergerak kan. Katanya jumpa pada sekian sekian waktu tapi tiba-tiba… 9 tahun kena try? Wow hebatnya you dikejari.”

Sponsored

Walau bagaimanapun, Shuhada bersedia untuk memaafkan wanita itu di atas tindakannya ini namun dia tetap akan menyerahkan segala bukti kepada pihak peguam. Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi terpalit dengan isu curang namun dia menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan hubungannya bersama isteri dalam keadaan yang baik sahaja.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram