Ali Puteh Tak Mahu Isu Keluarga Dipanjangkan, “Benda Ni Tak Akan Ada Jalan Penyelesaian Kalau…”

Sponsored

Kemelut yang berlaku antara balu Allahyarham Abam Bocey, Hidayah dan adik iparnya, Ali Puteh masih belum selesai. Dari hari ke hari ada sahaja isu yang timbul dan menjadi perhatian ramai.

Harta peninggalan Arwah menjadi rebutan dengan alasan masih dalam urusan faraid. Beberapa minggu lalu tular satu video dimuat naik Hidayah atau lebih mesra dengan panggilan Dayah Abam yang datang ke rumah peninggalan arwah namun tidak dibukakan pagar.

Sponsored

Bagaimanapun, terbaharu Ali Puteh menerusi temubual di Melodi pada Ahad membuat kenyataan bagi menjelaskan isu ini. Untuk info juga Ali Puteh dikecam hebat oleh netizen susulan video yang dimuat naik oleh Dayah Abam itu.

Dalam siaran Melodi itu Ali Puteh turut akui akan membayar wang RM60,000 seperti yang diperintahkan oleh mahkamah. Tambahnya lagi, dia juga turut meminta nasihat peguam untuk menyelesaikan jumlah tersebut.

Sponsored
Ali Puteh

Selain dari itu Ali Puteh turut memberitahu mahu menyelesaikan kemelut dalam keluarganya itu dan tidak mahu ia dibiarkan berpanjangan.

“Urusan keluarga kita selesaikan secara keluarga. Tak ada orang tak nak selesaikan masalah. Keluarga saya tak pernah ada masalah. Benda ni tak akan ada jalan penyelesaian kalau kita makin bergaduh dan panjangkan benda ni..

Sponsored

Saya akan cari jalan untuk berbaik semula. Itu Allah yang tentukan. Masa kahwin keluarga berjumpa baik, tapi bila jadi macam ni kenapa keluarga dan keluarga tak boleh berjumpa untuk selesaikan dan biarkan masyarakat untuk jadi juri dan selesaikan?” kata Ali dalam temubual berkenaan.

@melodiberapi

Semoga dipermudahkan urusan Ali Puteh dan balu arwah Abam Hidayah. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #kontroversi #fypシ #panas #gosip

♬ original sound – Melodi – Melodi

Dalam temubual penuh bersama Melodi, Ali Puteh turut mendakwa rumah itu bukan milik sesiapa lagi kerana masih dalam urusan faraid. Berikut adalah video penuh tersebut:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai isu ini seperti berikut:

“mmm sape yang boleh bincang tuk jalan baik tak de la sampai orang nak bawa peguam so sape yang tak mau selesaikan hak orang pulangkan jak selebihnya tunggu ler”

“3 tahun dah..Balu tu awal2 dah terkontang-kanting dengan anak..macam2 dia kena”

“Jalan penyelesaian senang jer..Bayar denda pulangkan hak Dayah dan anak dia..Cari harta sendiri jangan harapkan harta orang lain”