Syamsul Yusof Ulas Isu Gugur Nama Aaron Aziz Dalam Filem, Mahu Heret Farid Kamil Ke Mahkamah

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai. Bukan saja isu kemelut rumahtangga, malah terbaharu namanya turut dikaitkan dengan pengguguran pelakon, Aaron Aziz dalam filem The Original Gangster.

Menurut Syamsul Yusof ulas isu gugur nama Aaron Aziz dalam projek tersebut, dia enggan memulakan pergaduhan dengan sesiapa. Dia juga tidak mahu mendedahkan punca sebenar pelakon dari Singapura itu dari penggambaran filem berkenaan.

Sponsored
Aaron Aziz

Syamsul tak mahu gaduh

“Macam-macam yang saya boleh cakap mengenai hal itu. Saya pun pernah lalui fasa lantang bersuara di media sosial. Boleh je saya nak jawab tapi nanti berbalik kepada saya semula. Saya tak mahu gaduh”, kata Syamsul Yusof.

Dalam masa sama, Syamsul Yusof juga mempersoalkan tentang Aaron Aziz mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut kepada media sehingga timbul salah faham.

Sponsored

“Saya malaslah, pihak saya tahu hal sebenar. Tiba-tiba sahaja dia keluarkan kenyataan begitu. Apa sebenarnya yang dia mahukan? Barulah saya tahu sekarang siapa sahabat sebenar”, kata Syamsul Yusof ulas isu gugur nama Aaron Aziz dalam projek tersebut.

Syamsul Yusof

Terdahulu, Aaron Aziz dilaporkan namanya digugurkan dari filem The Original Gangster biarpun sudah menerima skrip dan menjalani latihan.

Sponsored

Akan kenakan tindakan undang-undang pada Farid Kamil

Dalam perkembangan lain, Syamsul Yusof bertindak akan mengenakan tindakan undang-undang kepada Farid Kamil kerana memuat naik mengenai keganasan yang dipercayai dituju kepadanya.

Farid Kamil

Mengulas mengenai isu tersebut, Syamsul akui enggan melayan perkara tidak penting seperti isu tersebut.

“Kepada Farid, saya tak nak jadi ‘pondan’ hanya berani bercakap di media sosial. Kita jumpa di mahkamah.” kata Syamsul.

SumbermStar