Kalau sebut nama pelakon, Hannah Delisha tentu ramai yang mengenalinya sebagai seorang pelakon yang hebat dalam menghayati watak. Lihat sahaja dalam lakonan terbaharu Hannah Delisha dalam drama Andai Itu Takdirnya.
Dia berhasil membawa watak sebagai isteri bernama Aleya yang berterusan diuji dengan sikap suaminya, Syed Aizril iaitu lakonan Shukri Yahaya. Boleh dikatakan drama ini sedang menjadi fenomena di media sosial.
Terbaharu, nampaknya selain lakonan ternyata suara Hannah Delisha pula viral di media sosial dengan mendapat sorotan ribuan warganet selepas satu rakaman video yang memaparkan dia menyanyi sebuah lagu mengundang rasa terpegun ramai dengan bakat dimilikinya.
Manakan tidak, sudahlah pandai berlakon menyanyi pula tidak disangka-sangka Hannah Delisha mempunyai suara yang begitu merdu. Malah menyanyi secara live, Hannah Delisha selamba sahaja yang membuatkan bakat serba bolehnya menjadi perbualan.
Ada yang melihat juga selebriti jelita ini sempurna kerana tidak hanya mempunyai paras rupa cantik, boleh berlakon dan tidak disangka-sangka boleh menyanyi dengan sangat baik.
‘Minat sangat dekat Hannah Delisha ni lah, minta-minta lah nanti bila mengandung anak aku macam dia. Cantik lembut je muka di minat sangat’
‘Turut tersenyum tengok wajah Lia yang lembut tu pandai nyanyi’
‘Suka suara Kak Hanna sedap sangat’
‘Minat sangat Hannah ni, lebih-lebih lagi ganding dengan Syuk. Minat dorang berdua. Suara pun sedap…’