Syatilla Melvin kongsi gelagat lucu anak no.2 bikin ramai dekah, “Semua gambaq family dia mcm tu”

Sponsored

Pada malam tadi, ramai dapat menyaksikan pasangan popular iaitu pempengaruh Syifa Melvin dan Safawi Rasid yang juga merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal selamat disatukan sebagai suami dan isteri dengan sekali lafaz.

Pernikahan mereka juga diraikan oleh keluarga dan rakan terdekat apabila pasangan sama cantik, sama padan berkenaan mengadakan majlis tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Sudah semestinya, diruangan media sosial hari ini begitu banyak foto-foto sekitar majlis pernikahan Syifa Melvin dan Safawi Rasid tular.

Sponsored

Antaranya juga dikongsikan oleh kakaknya, Syatilla Melvin namun selain foto dimajlis Syifa Melvin ternyata foto keluarga dikongsikannya ini juga begitu membuatkan ramai berdekah. Umum diketahui, Syatilla Melvin dan pelakon aksi popular, Shahiezy Sam kini semakin bahagia dengan kehadiran tiga cahaya mereka yang diberi nama Syeriv Samheizy, 5, Sarima Samheizy, 2, dan anak bongsu mereka yang dilahirkan pada Mei lalu, Salama Samheizy.

Foto cuit hati ramai

Sponsored

Namun begitu, apa yang mengundang dekah ramai dengan posting Syatilla Melvin kali ini disebabkan anak keduanya mencuit hati ramai dengan gelagatnya yang sempat membuat muka disetiap foto keluarga.

Gelagat lucu anak kedua Syatilla Melvin ini mengundang rakan selebriti juga terhibur. Manakala ada juga yang berkata anak nombor dua sememangnya berperangai sedemikian. Ada-ada sahaja halnya.

Sponsored

Gambar last paling win! Hahaha’

Syatilla

‘Muka Sam, perangai Tilla’

Syatilla

‘Hahaha muka Sarima yang last tu comel’

Syatilla

‘Hahahaha anak ke 2 memang gitu’