Orang Malaysia ‘Cameo’ Dalam Filem Korea Buat Netizen Terkejut, “Padu Lah Dengar Bahasa Malaysia…”

Sponsored

Sebut sahaja tentang filem atau drama Korea, mesti ramai yang minat untuk menonton kan? Baru-baru ini pula, tular satu rakaman dari filem Korea Selatan apabila seorang rakyat Malaysia membuat kemunculan istimewa.

Menerusi video yang dimuat naik di platform Tik Tok, kelihatan seorang wanita yang mengetuk pintu sebuah rumah bertalu-talu dalam keadaan yang marah.

Sponsored

Sebaik sahaja melihat seorang lelaki keluar dari rumah itu, dia mula mengamuk kerana menyangka adiknya berada di dalam rumah tersebut namun sebenarnya wanita itu tersilap rumah.

Lelaki itu kemudian mula memarahi wanita terbabit sambil menggunakan Bahasa Melayu sekaligus menarik perhatian ramai. Difahamkan, video yang tular itu adalah babak dari filem Jazzy Misfits yang ditayangkan sekitar tahun 2019.

Sponsored
Penerbit dan pencipta lagu

Filem itu dibintangi oleh nama-nama hebat dalam industri hiburan Korea Selatan seperti Cheetah, Jo Minsu, Jung Mansik dan Lee Kyuho. Manakala rakyat Malaysia yang menjadi cameo itu merupakan seorang penerbit dan pencipta lagu.

Lelaki yang dikenali sebagai SP3CK itu juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis terkenal Korea seperti Cheetah (pelakon dalam filem ini), Ravi dari VIXX, kumpulan T-ARA dan EXID.

Sponsored

“Hahaha padu lah dengar Bahasa Malaysia dalam kdrama.”

filem korea

“Selalu dengar bahasa kora dalam malay drama. Ni BM dalam kdrama.”

malaysia

“Walaupun hanya beberapa saat je dialog dia tu tapi memberi kesan betul.”

bahasa melayu

Kemunculan istimewa rakyat Malaysia dalam filem Korea ini turut membuatkan ramai yang teruja melihatnya tambahan pula dia diberikan dialog dalam Bahasa Melayu.

Sebelum ini juga, pelakon Malaysia iaitu Bella Rahim pernah menggemparkan ramai apabila menjadi ‘cameo’ di dalam filem Train to Busan: Peninsula.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.