Tak faham kena ‘warning’ dengan adik ipar, Da’i Syed tersenyum Hana cerita kisah sebenar

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, kisah antara pendakwah bebas Da’i Syed, 27, dan Hana Ismail, 36, yang juga dikenali sebagai pengacara sangat menjadi sorotan ramai di media sosial. Umum diketahui, mereka telah disatukan 3 Disember lalu dengan sekali lafaz. Perbezaan sembilan tahun antara mereka tidak menjadi penghalang buat mereka, bahkan mendapat pujian kerana keserasian pasangan sama cantik, sama padan ini.

Di media sosial juga, pasangan ini sejak akhir-akhir ini tular menjadi tumpuan apabila kemesraan Da’i Syed dan wanita pilihan hatinya itu membuatkan ramai tumpang gembira dan semakin hari, mereka dilihat sangat sweet bersama.

Sponsored

Walau bagaimanapun, nampaknya sekali lagi pasangan ini menjadi tumpuan. Ini kerana satu rakaman video yang memaparkan temubual mereka di satu program radio Zayan Pagi mencetuskan peminat dan netizen dapat mengikuti kisah pertemuan Da’i Syed yang ketika itu berjumpa dengan bakal adik iparnya.

Ujar Hana Ismail disaat Da’i Syed berjumpa dengan adik iparnya dia tidak memahami bahawa dia sedang di ‘warning‘ dan disebabkan situasi tersebut Hana Ismail tercuit hati. Pun begitu, dalam pada Hana Ismail bercerita, suaminya itu tekun memandangnya dan tersenyum.

Sponsored
@linariffin

Thank you both of u datang Zayan Pagi ❤️ appreciate sgt semoga bahagia dunia akhirat yea di kurniakan anak soleh solehah.. amin ya Rabb #ZayanPagi #zayanmy @ZAYAN @Dai Syed @Hana ismail

♬ original sound – Lin Ariffin – Lin Ariffin

Sweet buat ramai puji

Netizen bagaimanapun memberikan pelbagai komen pujian terhadap pasangan sama cantik, sama padan ini selain turut terhibur dengan gelagat mereka.

Sponsored

‘Sesuai sangat sangat’

Da'i Syed

‘Awat aku senyum…’

Hana

‘Sangat sepadan’