Tak Fasih Bahasa Melayu, Tya Arifin Kena Marah Di Set Penggambaran, “Kalau Boleh Jangan Marah Depan Orang…”

Sponsored

Pelakon dan usahawan Tya Arifin baru-baru ini ada memuat naik satu perkongsian di Tik Tok yang menjadi bualan ramai. Di dalam video tersebut, Tya berkongsikan momen semasa dia dimarahi oleh pengarah ketika dia berada di set penggambaran.

Menurut pelakon kelahiran Indonesia ini, dia mengakui masih lagi berasa sukar untuk bertutur di dalam Bahasa Melayu walaupun sudah beberapa tahun tinggal di Malaysia. Namun dia berasa lebih selesa sekiranya dia ditegur secara peribadi dan bukannya semasa berada di hadapan orang ramai.

Sponsored

“Kena marah time shooting karna gak fasih bahasa Melayu. Ya normal la. Ternyata susah banget. But Tya okay kena marah. Cuma kalau boleh jangan marah depan orang ramai. Jaga la air muka sikit.”

@tyaarifinnw

Kena marah time shooting karna gak fasih bahasa melayu… yaa normal la…ternyata susah banget.. but Tya ok je kena marah..cuma kalau boleh jangan marah depan orang ramai..jaga la air muka sikit☺️🙏🏻 #benice #shooting #tyaarifin #iklanraya #dramaraya #tired #puasa #acting

♬ Menyesal (Tiara Andini) – Yovie Widianto & Lyodra & Tiara Andini & Ziva Magnolya

Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Tya yang dilihat tenang semasa ditegur oleh pengarahnya gara-gara penggunaan Bahasa Melayunya yang lemah. Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang memahami kesukaran dilalui oleh Tya ini.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat buat Tya dan berharap insiden itu tidak akan melemahkan semangatnya. Tambah netizen, pelakon lain seperti Maya Karin juga pernah mengalami kesukaran yang sama dahulu dan kini mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.

“Takpe Tya. Dulu Maya Karin pun agak teruk juga masa mula mula, lupa filem apa. Sekarang Maya another level.”

Sponsored

“Bukan tak fasih sebetulnya Tya dah fasih Bahasa Melayu cuma kurang-kurang sikit tu biasalah.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok