“Tak sakit telinga dah”- Sayunk I Love You versi Raya dapat pujian melambung

Sponsored

Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam Ahmad Sairi kini menjadi antara penyanyi remaja yang mempunyai ramai peminat. Penangan lagu Sayunk I Love You berjaya membuatkan ia melekat di fikiran pendengar sehinggakan Chombi tidak henti-henti mendapat sorotan netizen di media sosial.

Walau bagaimanapun, siapa menyangka sempena menjelangnya hari Raya pada tahun ini Chombi muncul dengan lagu Sayunk I Love You namun versi Raya. Ternyata sekali lagi Chombi hangat diperkatakan.

Sponsored

Mana tidaknya, seperti biasa suara Chombi membuatkan orang ramai memberikan pujian melambung terhadapnya. Anak kepada komposer dan penyanyi terkenal dengan nama Harry Khalifah atau Apak ini membuatkan rata-rata pendengar Sayunk I Love You Raya dapat menerima lagu raya tersebut.

Ada yang mengatakan lagu Chombi ini tidak membuatkan sakit telinga pendengar. Umum diketahui, lagu raya baharu tidak mudah untuk memikat hati pendengar kerana lagu raya lama lebih dekat dihati orang ramai namun Chombi berjaya membuatkan netizen suka.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen pula, Chombi menerima pelbagai reaksi positif oleh netizen yang mana rata-rata pendengar nampaknya suka dengan versi raya tersebut.

Penyelamat kami Apak, sakit telinga dari lagu raya tu

Sponsored

Mantap la lagu raya ni

Sumpah sedap sangat lagu raya ni, daripada yang 1 lagu tu sakit telinga dengar apapun terbaik Apakk

Tak sakit telinga dah