“Saya pecahkan record jengga tertinggi”- Isa Isarb

Sponsored

Membuat cabaran dengan menawarkan hadiah-hadiah hebat seperti duit sudah menjadi kebiasaan buat YouTuber. Antara challenge yang sering menjadi perhatian adalah dilakukan oleh Youtuber terkenal iaitu Isa Isarb dan team. Namun begitu, challenge terbaharu dibuatnya ini mengundang kritikan lagi oleh sesetengah pihak.

Kelihatan dalam satu video yang tular, Isa Isarb difahamkan membuat cabaran jengga tertinggi yang mana dalam beberapa kotak diletakkan mempunyai wang RM1000 dan kesemuanya berjumlah RM10,000. Perkara ini turut tular di aplikasi TikTok dengan rakaman memaparkan orang ramai menyertai challenge tersebut.

Sponsored

Isa Isarb punya penangan

Menurut seorang individu, Isa Isarb difahamkan meletak RM1000 berbentuk baucer dalam kotak yang diletakkan sehingga menjadi jengga tertinggi dan kesemuanya dikatakan berjumlah RM10,000 sebagai hadiah.

Sponsored

Menerusi hantaran oleh Isa Isarb pula mengatakan dia berjaya pecahkan rekod jengga tertinggi. “Saya pecahkan record jengga tertinggi benua asia. Depan 2000+ of my fans. Pada ulang tahun kelahiran saya.” Katanya disamping memuat naik satu rakaman video.

@isaisarbofficial

Insyaallah next week dapat certification dari HQ asian books of record.

♬ original sound – Isa Isarb – Isa Isarb

Namun begitu, sekali lagi challenge Isa Isarb itu menerima kritikan daripada beberapa individu yang  menegur dengan caranya dalam memberikan duit kepada orang ramai dan tidak bersetuju sehingga ada yang perlu bersesak dalam situasi tersebut.

Sponsored

10 orang dapat

Kadang sedih tengok manusia sekarang, daripada wat macam ni

10k nak bagi boleh je kot bagi elok-elok