Ustazah Viral Jadi Perhatian Lagi, Netizen Keliru Makan Ubat Tahan Sakit Dikatakan Haram?

Sponsored

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai seorang pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah yang mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi dan mencetuskan perbalahan.

Antaranya ialah kenyataan ustazah tersebut tentang para suami yang dianggap dayus membiarkan doktor lelaki yang menguruskan isteri bersalin. Tidak cukup dengan itu, kenyataannya tentang bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh juga turut menjadi bualan.

Sponsored

Baru-baru ini pula, ustazah viral ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila video ceramahnya tentang hukum makan ubat tahan sakit menjadi pertikaian netizen.

Menerusi video yang dikongsikan itu, dia memberitahu pengambilan ubat tahan sakit adalah haram sekaligus membuatkan ramai keliru mendengarnya.

Sponsored

“Ada orang bila sakit sikit, makan ubat tahan sakit sehingga tubuh badan kita ini dekat dengan kematian. Masa tu mulut tak boleh berbicara tetapi mata kita melambangkan tercengangnya kita dengan kepakaran yang hebat ni.”

“Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia ia menyebabkan apa yang dimasukkan dalam tubuh yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan sesuatu kepanasan yang amat dahsyat.”

Tambah ustazah itu lagi, Allah tidak akan menerima doa orang yang memasukkan benda haram ke dalam tubuh badan mereka. Malah seseorang itu akan mati dalam keadaan yang hina dan boleh dimasukkan ke dalam neraka kerana melanggar hukum syariat Islam.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ustazah ini. Malah ramai yang meminta pendakwah itu untuk berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Sponsored

Sebelum ini juga, ramai pengamal perubatan yang menyelar kenyataan ustazah tersebut mengenai isu suami dianggap dayus kerana membenarkan doktor lelaki di dewan bersalin.

Jelas mereka, proses melahirkan anak dianggap sebagai satu situasi bertarung nyawa kerana ada dua nyawa yang perlu diselamatkan iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: