Rakyat Minta Turunkan Harga Ayam Gunting, Reaksi ‘Sempoi’ DSAI Raih Pujian Netizen

Sponsored

Penggunaan media sosial sekarang ini bukan hanya untuk golongan muda bahkan generasi terdahulu juga turut menggunakannya. Malah para pemimpin juga turut menggunakan media sosial untuk mendekati rakyat seperti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semenjak pelantikannya sebagai Perdana Menteri, DSAI begitu aktif di akaun media sosialnya untuk berkongsikan perkembangan terkini. Malam tadi juga, beliau sempat meluangkan sedikit masa di Twitter untuk berinteraksi dengan warganet.

Sponsored

DSAI mengatakan di dalam hantaran tersebut bahawa ramai yang mengadu beliau kini semakin sibuk dan jarang muncul di Twitter seperti dahulu. Oleh itu, beliau membuka ruang tersebut untuk sama-sama berkomunikasi dengan pengguna Twitter yang lain.

Bukan itu sahaja, DSAI juga sempat menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh netizen dan antara yang meraih tumpuan ramai ialah soalan mengenai harga ayam gunting yang semakin mahal sekarang ini.

Sponsored

Menurut individu itu, dia meminta Perdana Menteri ke-10 ini untuk menurunkan harga ayam gunting kerana ianya semakin mahal berbeza dengan harga yang ditawarkan dahulu. Sebelum ini juga, ramai yang mengadu mengenai harga ayam gunting di media sosial di mana ada yang mencecah RM15.

“Kurangkan kolestrol.”

Sponsored
Reaksi netizen

Reaksi yang diberikan oleh DSAI ini berjaya menghiburkan ramai di mana rata-ratanya berasa terhibur melihat jawapan ‘sempoi’ yang diberikan. Dalam masa yang sama, ramai yang menganggap itu adalah satu nasihat yang berguna untuk orang ramai mula menjaga kesihatan mereka.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.