Pereka Fesyen Dedah Ustazah Afifah Pernah Ubatkan Orang Brunei Sampai Meninggal?

Sponsored

Seorang pendakwah wanita yang dipanggil sebagai Ustazah Afifah pernah mengeluarkan beberapa kenyataan yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Kesemua kenyataan yang dikeluarkan itu juga membuatkan ramai berasa ragu-ragu akan kesahihannya.

Baru-baru ini pula, ustazah tersebut dikecam hebat selepas mendakwa mereka yang mengambil ubat tahan sakit akan dimasukkan ke dalam neraka selain amalan mereka juga tidak akan diterima. Tidak cukup dengan itu, suami kepada pendakwah itu juga turut mengeluarkan kenyataan yang diragui kebenarannya.

Sponsored

Seorang pereka fesyen baru-baru ini memuat naik satu perkongsian mengenai ustazah terbabit di akaun Instagram miliknya. Di dalam hantaran tersebut, dia turut berkongsikan satu kenyataan mengejutkan mengenai kisah silam pendakwah itu.

Menurutnya, ustazah terbabit telah jauh terpesong dan mendakwa pendakwah wanita itu pernah mengubati seorang pesakit Brunei sehingga menyebabkan dia meninggal dunia kerana menggunakan ubat produk ustazah tersebut.

Sponsored

“Jangan sampai aku bukak cerita kau ubatkan orang Brunei sampai meninggal sebab punca makan ubat produk kau! Pastu kau putar belit cerita. Kau dah kena banned dengan negara Brunei.”

Tambahnya lagi, perkara itu tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia dan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkannya kepada umum. Malah pereka fesyen itu mendakwa ustazah tersebut telah pun ‘diharamkan’ di Brunei namun tidak ramai yang tahu mengenai kisah silamnya itu.

Sponsored

Sebelum ini, seorang pakar motivasi Amin Idris juga turut tampil menegur ustazah terbabit di atas beberapa kenyataan mengelirukan dikeluarkannya. Malah dia turut meminta pendakwah wanita itu memberikan dalil-dalil Quran yang sahih bagi menyokong hujahnya itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram