Tawaran Perdamaian Ditolak, Farid Kamil Tetap Usaha Pujuk Diana Danialle & Berharap Dapat Beraya Bersama

Sponsored

Beberapa hari lalu media ada melaporkan mengenai tawaran perdamaian bernilai lebih RM300,000 dari pihak Farid Kamil bagi memujuk isterinya Diana Danielle.

Butiran termasuk dalam tawaran perdamaian tersebut terdiri dari kenderaan Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac lalu hingga Jun ini bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

Sponsored

Diana Danielle yang mendapat tahu mengenai tawaran perdamaian tersebut itu menerusi media sosial bagaimanapun terkejut mengenainya. Malah wakil peguam Diana Danielle turut mengesahkan tawaran perdamaian ditolak oleh anak guamnya itu.

Farid Kamil tetap usaha pujuk Diana Danielle

Memetik laporan Berita Harian, Farid Kamil tetap usaha pujuk Diana Danielle biarpun tawaran perdamaian tersebut ditolak. Menerusi peguam Syarie yang mewakili Farid, Fakhrul Azman berkata anak guamnya masih tetap dengan pendirian mahu selesaikan kemelut rumah tangga dengan Diana.

Sponsored

“Farid masih berusaha pelbagai cara untuk memujuk Diana agar kembali berdamai. Farid seboleh-bolehnya tidak mahu bercerai. Jadi, dia berusaha berbaik-baik dengan pihak sana seperti mengajak Diana berbuka dan berbincang.” kata peguam mewakili Farid Kamil.

Mahu balik Kedah beraya bersama

Biarpun tawaran perdamaian ini ditolak, Farid Kamil tetap berharap rumah tangga dapat diselamatkan dan berkeinginan untuk menyambut raya bersama Diana dan anak-anaknya.

Sponsored

Menerusi laporan Gempak pula, Farid berharap dia dan Diana serta anak-anaknya dapat pulang beraya ke Kedah bersama-sama. Seperti kebiasaannya mereka sekeluarga akan bergambar bersama.