Zarina Anjoulie luah rasa teruja di Instagram, ramai juga sama teruja, “Baju kahwin…”

Sponsored

Selepas beberapa kali, Zarina Anjoulie dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey menjadi tumpuan ramai di media sosial nampaknya satu muat naik terbaharu pelakon tersebut membuatkan ramai turut sama teruja.

Zarina Anjoulie atau turut mesra dipanggil Anju mencuri tumpuan ramai beberapa jam yang lalu apabila dia berkongsikan satu rakaman video yang mana dia dalam pada masa sama meluahkan rasa teruja kerana pada hari tersebut dia pergi menempah baju kahwin daripada sebuah butik yang sangat disukainya.

Sponsored

Zarina Anjoulie luah rasa teruja

Pelakon ini juga dalam rakaman klip video yang dikongsikan menunjukkan dia dan teman lelaki ke butik pengantin tersebut bersama-sama dan mengukur baju mereka. Zarina Anjoulie juga berkongsikan baju-baju yang disukainya selain turut berkata bahawa dia senang bekerja sama dengan pihaknya.

Sponsored

“Salam guys sangat teruja for today sebab pergi tempah baju Anju dan Anju takkan cari orang lain buat baju kahwin Anju hanya hansminofficial sahaja! His the best! Baju semua cantik-cantik, I trust him with my life untuk baju kahwin saya. (Masa kahwin dulu pun hansminofficial yang buat baju Anju) So memang dah senang kerja dengan dia. Pakej-pakej dia pun Alhamdulillah mampu milik. Korang serius kena try servis hansminofficial.” Tulis Zarina Anjoulie diruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, Zarina Anjoulie mendapat reaksi bahagia daripada rakan selebriti dan peminat serta pengikut diruangan Instagram peribadinya itu yang juga sama teruja dengan perkongsiannya itu.

Sponsored

‘Waa congratulations Anju’

‘Tak sabar nak tengok…’

Zarina Anjoulie