‘IG’ isteri Haqiem Rusli jadi perhatian ramai, akhirnya kongsi foto bersama

Sponsored

Selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi tersohor Haqiem Rusli dan pasangannya, Anis Sofea sering menjadi sorotan ramai di media sosial. Sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini, pasangan sama cantik sama padan ini juga mendapat perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, beberapa hari ini Instagram Anis Sofea yang juga pernah viral kerana kecantikannya yang turut disamakan wajahnya dengan pelakon, Hanis Zalikha tidak semena-mena hangat diperkatakan peminat dan netizen. Mana tidaknya, ternyata posting yang pernah dikongsikan oleh Anis Sofea termasuklah fotonya bersama suami, Haqiem Rusli telah dikosongkan.

Sponsored

Foto isteri Haqiem Rusli jadi perhatian

Namun begitu, Anis Sofea dilihat berkongsikan penampilan di hari raya kepada umum. Isteri Haqiem Rusli ini memakai seledang dan memperlihatkan bahagian rambutnya dan dihantaran tersebut ditulis ringkas, ‘SHR’.

Sponsored

Mengikut tinjauan, Anis Sofea juga hanya meninggalkan beberapa keping fotonya sahaja sehingga mengundang rumah tangganya dengan penyanyi tersohor itu turut menjadi tanda tanya. Anis Sofea dilihat menutup ruangan komen di Instagram peribadinya yang telah diikuti lebih 300,000 pengikut.

Meskipun begitu, seolah-olah menjawab persoalan peminat terhadap dia dan suami, Anis Sofea memuat naik sekeping foto beraya bersama Haqiem Rusli dan meletakkan tanda emoji love sahaja diruangan kapsyen.

Sponsored

Pasangan popular ini berkahwin pada 19 November 2021 dan majlis perkahwinan mereka menjadi topik hangat apabila diraikan dengan penuh mewah dan meriah.