“Euwww”- Dikomen ada peluang jadi datin disia-siakan, video Puteri Sarah bersuara jadi tumpuan

Sponsored

Nampaknya sekali lagi pelakon, Puteri Sarah Liyana perlu menjawab pertanyaan mengenai gelaran Datin. Sebelum ini, pelakon drama Andai Itu Takdirnya sudah memberitahu gelaran serta pangkat tidak membawa erti kepada dirinya.

Namun begitu, difahamkan menerusi sesi video live terbaharu Puteri Sarah Liyana yang berada di Jakarta yang dikatakan semakin steady menjawab kecaman sesetengah individu kepada dirinya menarik perhatian ramai selepas video berdurasi lebih seminit tular.

Sponsored

Puteri Sarah yang sedang membuat video live tertarik dengan satu komen yang nampaknya sekali lagi dia perlu bercakap mengenai pangkat Datin. “Dah ada peluang jadi Datin disia-siakan?” kata seorang individu kepada Puteri Sarah yang lantas terus bersuara.

Menerusi rakaman video tersebut, Puteri Sarah bertanya hebat sangat ke menjadi Datin. Jadi baginya apa yang perlu dipelikkan sehingga dikatakan sia-siakan atau sebagainya. Selain itu, isu poligami juga menjadi sebutan diruangan komen yang membuatkan Puteri Sarah juga bersuara.

Sponsored

Warganet diruangan komen bagaimanapun menghujani pelbagai reaksi buat Puteri Sarah yang ada antaranya merasakan jawapan diberikan olehnya kepada komen-komen sedemikian dikatakan padu.

Apapun orang kata tak payah peduli yang penting Sarah happy

Sponsored

Jawapan padu, macam lah best sangat jadi Datin tu

Tak usahla jadi Datin. Sarah kan dah Puteri… mana mau cari Puteri lagi

Jadi Datin or Dato belum tentu menjanjikan kebahagiaan dan belum tentu…