Tidak Tersenarai Dalam Poster Terkini Famili Duo, Sissy Iman Dan Naim Daniel Tarik Diri?

Sponsored

Sejak minggu lalu, nama Sissy Iman dan Mas Idayu menjadi topik terhangat yang dibualkan di media sosial. Bagi mereka yang mengikuti program Famili Duo, pastinya tahu setiap minggu pihak produksi akan berkongsikan senarai lagu yang bakal dibawakan oleh para peserta.

Namun sebentar tadi, poster terkini yang dikongsikan di Instagram TV3 Malaysia mendapati hanya ada enam pasangan sahaja yang akan bertanding. Berdasarkan gambar yang dikongsikan itu, nama Sissy Iman dan Naim Daniel tidak tersenarai di dalam poster tersebut sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Sponsored

Manakala nama peserta-peserta lain ada dikongsikan di dalam poster tersebut bersama lagu yang akan dibawakan. Antara peserta yang kekal bertanding ialah Ayda Jebat & Fyna Jebat, Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Bella Astillah & Wani Kayrie, Ara Johari & Shaffiq Erwin, Sabhi Saddi & FareedPF serta Siti Sairah & Siti Saidah.

Susulan perkongsian poster terkini itu, ramai yang tertanya-tanya tentang status Sissy Iman dan Naim Daniel sama ada mereka telah menarik diri dari program tersebut ataupun diberikan pengecualian. Meninjau di ruangan komen, netizen berpendapat mungkin juga pasangan itu menarik diri selepas apa yang berlaku sebelum ini.

Sponsored

“Sissy masih dalam depression mungkin lah. Kecewa sedih teramat tu, terasa malu sesangat. Saya pernah terkena seperti itu dimalukan depan orang ramai.”

“Mana perginya pasangan naim dan kak sissy ini minta-minta lah jangan tarik diri.”

Sponsored

“Naim Sissy tarik diri itu yang terbaik.”

Malah ada juga yang memahami perasaan Sissy Iman yang mungkin trauma dan memerlukan masa untuk kembali menyanyi semula. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dari pihak produksi mengenai status pasangan ini di dalam program Famili Duo.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram