Sebut sahaja nama Altimet pastinya korang familiar dengan beberapa lagu ciptaan dan nyanyian figura ini. Namanya sahaja bukan calang-calang dalam industri hiburan tanah air.
Malah kemunculannya menerusi kempen sebuah jentera politik beberapa bulan lalu dengan sebuah lagu gubahan Altimet telah mencuri perhatian ramai. Judul runut bunyi Aduh Malaysia ditulis lirik oleh Altimet dan lagunya pula diinspirasikan menerusi salah satu lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Inspirasi diambil dari filem Ali Baba Bujang Lapok dan Altimet jelaskan hasil royalti bagi lagu tersebut diserahkan kepada waris P.Ramlee.
Makluman mengenai perkara tersebut ditulis sendiri oleh Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini seperti berikut:
Tambah Altimet jelaskan hasil royalti ini, 2022 adalah tahun terakhir waris Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menerima semuanya dan harta intelek anak kelahiran Pulau Pinang tersebut.
Menerusi laporan Berita Harian, Altimet memberitahu ia adalah hadiah dan penghargaan atas jasa yang dicurahkan Seniman Agung, P.Ramlee.
“Ini adalah tanda penghargaan saya kepada seniman agung kita. Saya mahu bayar balik apa yang disumbangkan oleh beliau kepada industri kreatif tanah air.
“Seperti kita tahu, hak royalti lagu Allahyarham P Ramlee akan berakhir, tahun hadapan. Ini kerana ia sudah 50 tahun selepas seseorang beliau meninggal dunia” – Altimet