Harga Rumah Kim Kardashian Cecah RM101 Juta, Netizen Pula Kata Macam Hospital Sakit Jiwa

Sponsored

Model antarabangsa Kim Kardashian ada memuat naik perkongsian tentang hiasan dalaman rumahnya di Instagram baru-baru ini. Difahamkan, kediaman mewah itu bernilai hampir RM101 juta dan menampilkan konsep minimalis yang menjadi pilihan model terkenal itu.

Sebelum ini model itu pernah membuat pengakuan dia memilih konsep minimalis untuk kediamannya kerana melihat terlalu banyak kekacauan yang berlaku di dunia. Menerusi gambar yang dimuat naiknya ini, memang ternyata dia mengekalkan konsep minimalis hampir di setiap ruang di rumahnya.

Sponsored

Turut dapat dilihat, pemilihan warna yang polos dan hampir sekata kesemuanya di ruangan tidur, ruang tamu dan ruangan utama dalam rumah. Malah cat pada dinding juga kelihatan sangat pucat tanpa sebarang hiasan berwarna lain.

kim kardashian
model
Reaksi netizen

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di mana ada yang menyifatkan kediaman Kim Kardashian itu seperti hospital sakit jiwa. Tidak cukup dengan itu, ada yang berpendapat konsep tersebut dilihat sangat murung dan boleh membuatkan sesiapa berasa lesu melihatnya.

Sponsored

Malah ada yang turut tertanya-tanya sama ada konsep minimalis yang dipilih oleh model itu mendapat penerimaan baik oleh ahli keluarganya mahupun tidak. Sekadar info, Kim Kardashian dan bekas suaminya telah bercerai secara rasmi selepas berkahwin pada tahun 2014.

Baru-baru ini juga, Kanye West telah diarahkan untuk membayar RM902,600 kepada Kim Kardashian untuk tanggungan bulanan empat anak mereka. Kedua-duanya juga turut bersetuju dengan hak penjagaan dan pembahagian harta.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.