Ratu Farah Diva Menari Di Kedai Makan, Netizen Pula Yang Segan, “Kenapa Aku Yang Malu Ni…”

Sponsored

Kalau sebut nama Ratu Farah Diva, mungkin ramai yang kenal dengan Tik Tokers ini. Mula terkenal di platform Tik Tok, gadis itu sering memuat naik ‘review’ produk atau mempromosikan restoran untuk tatapan pengikut di akaunnya.

Namun perkongsian terbarunya ini telah mencetuskan rasa kurang senang netizen apabila dia dilihat menari di dalam sebuah kedai makan. Menerusi video yang dikongsikan itu, Ratu dilihat berada di sebuah restoran sebelum dia kemudiannya menari seorang diri di tengah-tengah kedai.

Sponsored

Dia juga kemudian mula berjalan-jalan di dalam kawasan kedai sambil menari dengan gaya tariannya yang tersendiri. Dalam masa yang sama, pengunjung yang berada di kedai makan tersebut turut memandangnya dengan reaksi yang pelik apabila dia tiba-tiba sahaja menari di situ.

Netizen yang segan tengok

Walaupun tidak dapat dipastikan apakah motifnya menari, ramai yang berpendapat mungkin juga Ratu sedang membuat ‘review’ untuk kedai makan tersebut berdasarkan kapsyen di video itu. Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berasa malu melihat tindakan berani Ratu ini.

Sponsored

Malah ramai juga yang berasa simpati dengan nasib pengunjung di restoran itu yang pastinya berasa tidak selesa dengan tindakan Tik Tokers ini. Dalam masa yang sama, netizen berharap Ratu dapat menghentikan konten memalukan seperti ini dan memperbaiki kualiti ‘review’ yang dihasilkannya.

“Kenapa aku yang malu ni hahahaha.”

Sponsored

“Malunya, pak cik mak cik atok nenek budak-budak dok tengok kat kedai tu.”

“Aku kalau kedai ramai orang, kadang nak bangun cuci tangan pun segan.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok