Ummi Nazeera Bikin Meremang, Ada Peminat Sangka Drama Baru Nak Keluar Tapi Rupanya…

Sponsored

Nama pelakon wanita ini Ummi Nazeera sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat lakonannya diakui ramai dan berilah apa juga watak pasti menjadi.

Namun begitu, baru-baru ini satu perkongsian rakaman dengan memaparkan pelakon wanita ini telah membuatkan ramai akui seram menyaksikannya. Manakan tidak dalam video itu pada awalnya kelihatan Ummi Nazeera sangat serius sambil di tangannya memegang pisau.

Sponsored

Apatah lagi melihatkan mimik mukanya seakan sedang mencari ‘mangsa’ di dapur. Tambahan pula lokasi dan pengcahayaan juga memainkan peranan penting menimbulkan mood seram kepada penonton.

Berikut adalah rakaman lakonan Ummi Nazeera bikin meremang yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik pelakon tersebut baru-baru ini:

Sponsored

Menjadi sungguh lakonan Ummi Nazeera ini! Tak sangka rupanya apa yang dicari hanyalah pek makanan sejuk beku dari jenama popular. Perkongsian video ini telah meraih hampir 200 ribu tontonan dan 9,300 likes.

Meninjau di ruangan komen, ramai akui berasa meremang dan tak sangka plot twist dipaparkan pelakon wanita berbakat besar ini.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video lakonan Ummi Nazeera bikin meremang tersebut:

“Mula2 tengok…Ingat drama baru nak keluar..Baru nak komen..Tak sabar nak tengok..Sebab baca kapsyen yang atas je..Sib baik tengok video ni sampai abis..Adoiii”

“Muka saiko betul”

“Kambing tak lari..Saya yang lari. Takut”

“Kambing takut, ngan saya2 takut..Best actor!”