Ungku Ismail Dan Nad Zainal Kongsi Video Disatukan Dihujani Ucapan Tahniah, “Ini Bagus Tak Heboh Sana Sini”

Sponsored

Pasangan selebriti, Ungku Ismail dan Nad Zainal baru-baru ini memuat naik foto dan video yang mereka sudah pun bernikah. Menerusi Instagram Nad Zainal dipaparkan satu video dengan aksi pelakon wanita ini bersama Ungku Ismail berjalan berpimpin tangan dengan berlatarbelakangkan masjid.

Mungkin bernikah pada 23 Januari lalu

Malah di ruangan kapsyen tertulis 23.1.23 1 Rajab 1444 H membuatkan ada dakwaan kemungkinan Nad Zainal dan Ungku Ismail telah pun bernikah pada tarikh berkenaan. Berikut adalah perkongsian tersebut:

Sponsored

Malah meninjau di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat mengucapkan tahniah kepada Ungku Ismail dan Nad Zainal.

Kongsi foto berdua berbusana serba putih

Satu lagi perkongsian menerusi akaun Instagram pelakon popular ini juga dipaparkan beberapa foto pernikahan Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia dengan Ungku Ismail.

Sponsored

Ramai ucap tahniah

Perkongsian foto tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan netizen kepada pasangan mempelai ini. Malah ada juga yang mendoakan supaya pasangan pelakon popular ini berbahagia.

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

Sponsored

“Ini bagus. Tak heboh sana sini. Yang wajib diusahakan dalam diam. Selamat dan tahniah buat kedua mempelai”

“Finally! Memang suka. Memang lovessss. Alhamdulillah tahniah”

“Alhamdulillah tahniah korang Nad Zainal Ungku Ismail. Semoga yang baik2 saja buat korang sampai syurga. Aminnn both them memang pelakon peberet”

“Alhamdulillah Mashaallah tahniah nad & Ungku!”