Tiktokers Terkejut Harga Kangkung Sepinggan RM22 Sekarang

Sponsored

Restoran yang menjadi viral, terus menjadi tempat yang ramai dikunjungi oleh orang ramai untuk menjamu selera. Lebih-lebih lagi, ada TikToker yang membuat ulasan makanan di restoran tersebut. Namun, malang bagi seorang pelanggan apabila hidangan yang dipesan hanya indah khabar dari rupa.

Guys, ini ke tempat makan viral yang korang dok puji-puji sedap tu? Ini berbaloi ke dengan kangkung RM22? “Kalau harga RM7 aku boleh terima, RM7 pun aku dah berat, ni RM22. Mana TikToker yang review? Harga dia agak-agaklah.

Sponsored

“Aku datang lapar, aku nak kangkung yang banyak. Kangkung RM22 tu expectation tu macam mana? Geram ye, aku geram,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Tanpa mendedahkan nama dan lokasi restoran, gadis berkenaan tetap memuji hidangan makanan laut yang turut dipesannya, untuk dimakan bersama seorang rakan.

Sponsored

Terkejut dengan harga sepinggan kangkung yang dikenakan, pelanggan tersebut kemudian memberikan keluhan kepada pihak pelayan restoran. Walaupun marah dengan harga yang tinggi, wanita itu memberikan komen bahawa dia berpuas hati dengan hidangan lain yang dipesan serta memuji kesedapannya.

Selain itu, dia juga memuji pihak pekerja yang dengan sabar menjelaskan harga sepinggan kangkung yang sudah ditunjukkan pada menu.

Sponsored