“Niat kami hanya…”- Tya Ariffin dedah kejadian dihadapi Uqasha Senrose & Kamal Adli

Sponsored

Usahawan, Tya Ariffin menjadi tumpuan ramai juga selepas dia tampil berkongsikan kisah tentang kejadian ketika menimpa pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli. Tya Ariffin memaklumkan bahawa booth dia dan pasangan berkenaan bersebelahan.

Jadi dia juga menyaksikan kejadian yang tidak disangka-sangka itu yang mengundang dia dalam pada masa sama terkedu dan sudah tidak terkata. Dia meminta agar orang ramai mendoakan Kamal Adli dan mendoakan agar Uqasha Senrose kuat demi suaminya, Kamal Adli.

Sponsored

Dalam pada itu, Tya Ariffin menceritakan ketika kejadian tersebut berlaku dia yang melihat secara langsung juga mengigil apabila dia turut keluar masuk menunggu polis dan ambulans.

“Ya Allah sesungguhnya niat kami semua hanya mencari rezeki. Tapi apadaya ketika dugaan datang. Uqasha sabar okay sayang. Pertama kali dalam hidup Tya tengok langsung pun rasa gigil kaki. Keluar masuk tunggu ambulans police datang. Lagi lagi Uqasha, mesti perasaan hancur tengok suami sendiri.

Sponsored

“Tolong untuk semua doa doakan Kamal sekarang. Kamal dan Uqasha orang baik, hardworker, kalau dekat booth mesti dari buka sampai tutup ada, ramah dengan semua orang.” Ujarnya yang turut mendoakan kesembuhan Kamal Adli.

Tya Ariffin

Perkongsian Tya Ariffin itu turut mendapat perhatian Uqasha Senrose di Instagram yang mana dia juga mengambil kesempatan itu untuk berterima kasih kepadanya.

Sponsored

“Tq so much Tya dan semua rakan-rakan artis yang ada masa tu, tak mampu nak cakap dah.”