Ustazah Asma’ Harun Dedah Puteri Sarah Pernah Minta Nasihat Isu Rumah Tangga, “Dia Masih Sayang Suami…”

Sponsored

Kemelut rumah tangga di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih belum temui penghujungnya. Baru-baru ini pula, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun mendedahkan Puteri Sarah pernah menghubunginya untuk mendapatkan nasihat tentang rumah tangganya sebelum ini.

Menurut pendakwah itu, Puteri Sarah meminta pandangan darinya bagi mempertahankan ikatan perkahwinannya bersama Syamsul Yusof. Pada waktu tersebut, pelakon wanita itu mengakui dia masih lagi menyayangi suaminya dan mahu menyelamatkan perkahwinan mereka.

Sponsored

“Dia sudah berusaha di peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia tanya apa yang dia boleh buat, saya ada kongsikan doa serta zikir. Dia mahu mempertahankan rumah tangganya dan masih sayang kepada suami.”

Namun oleh kerana kesibukan kerja masing-masing, mereka tidak sempat untuk berjumpa bagi berkongsikan pandangan. Malah Puteri Sarah juga berharap pendakwah bebas itu dapat berjumpa dia dan suami untuk memberikan nasihat bagi rumah tangga mereka itu.

Sponsored

Tindakan sekat nombor pasangan

Semasa ditanya sama ada wajar seorang suami atau isteri menyekat nombor telefon pasangan mereka, Ustazah Asma’ menganggap ia satu tindakan yang tidak wajar. Jelasnya, komunikasi adalah kunci utama dalam ikatan perhubungan manusia.

“Memang tidak wajar isteri atau suami menyekat nombor telefon pasangan. Komunikasi adalah asas rumah tangga. Jika diputuskan komunikasi, di manakah ruang perbincangan?”

Sponsored

Semalam dilaporkan Puteri Sarah dijangka akan memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah pada Isnin depan. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon wanita itu dan difahamkan Puteri Sarah akan turut hadir di mahkamah.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan dia telah pun berkahwin dengan Ira Kazar di sempadan Thailand. Pengarah filem itu kemudian meminta isteri pertamanya, Puteri Sarah pulang untuk bawa berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.