Video dikongsi Nazreem Musa buat ramai minta kahwin dengan Daiyan Trisha

Sponsored

Satu rakaman video dikongsikan oleh Nazreem Musa iaitu abang kepada pelakon, Ummi Nazeera menarik tumpuan warganet dan peminat apabila ia memaparkan gelagat dia bersama pelakon dan model jelita, Daiyan Trisha sehingga hantaran tersebut meraih ribuan tanda suka beserta tular menjadi bualan ramai.

Sebelum ini, perkongsian kedua-duanya tentang foto mereka yang kerap dilihat bersama mengundang Daiyan Trisha dan Nazreem Musa digosipkan bersama sehingga dikatakan mempunyai hubungan istimewa. Malah Daiyan Trisha dan abang pelakon drama Risik Pada Hati itu pernah tular mendapat perhatian ramai apabila kerap juga dilihat pergi event bersama.

Sponsored

Kerap dilihat sama-sama

Meskipun begitu, sempena majlis ulang tahun kelahiran pelakon jelita itu, Nazreem Musa dilihat memuat naik satu rakaman video yang mana tidak hanya pergi ke event sama-sama malah ada juga mereka kelihatannya kerap kali meluangkan masa bersama.

Sponsored

Rakaman tersebut dalam pada masa sama menerima ratusan komen ramai yang mana nampaknya sekali lagi Nazreem Musa dan pelakon jelita itu menjadi sorotan ramai dan turut membuatkan peminat teruja.

@nazreemmusa

basically this whole year withcu @Daiyan Trisha happy birthday 🥳 birthday 🎂

♬ SNAP (speed up) – Remix – Dj Agos

Di minta peminat untuk kahwin

Sponsored

Sehinggakan kebanyakannya juga meminta agar Nazreem Musa dan Daiyan berkahwin yang mana rata-ratanya juga merasakan mereka sesuai bersama, sama cantik sama padan.

‘Kawen please’

‘Tu la nak cakap macam sesuai je, bersemut’

Daiyan Trisha

‘Sepadan, moga kekal hingga ke pelamin’