Video Hargai Isteri Oleh Faizal Hussein Dipuji, “Ni Baru Betul Hati Kau Keras Roy”

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini kisah rumahtangga, kecurangan, penceraian dan pelbagai hal lain telah menjadi perhatian ramai. Tidak kira dari kisah kehidupan selebriti mahu pun orang biasa, ada beberapa rentetan yang telah membuatkan ia menjadi buah mulut netizen.

Malah ada juga selebriti yang memuat naik koleksi foto sebagai penghargaan buat isteri. Antaranya adalah pelakon senior, Faizal Hussein. Dalam muat naik satu video menerusi akaun TikTok Faizal Hussein ini dipaparkan beberapa foto dirinya bersama isteri tercinta.

Sponsored

Setiap satu foto tersebut adalah momen yang mungkin akan dikenang suatu hari nanti. Berikut adalah muat naik video hargai isteri oleh Faizal Hussein ini yang telah mencuri perhatian ramai:

Di dalam video hargai isteri oleh Faizal Hussein tersebut tertulis ucapan terima kasih buat cinta hatinya itu. Berikut adalah tulisan tersebut:

Sponsored

“Teruntuk isteriku, terima kasih hadir dalam hidup ini. Terima kasih pernah memberi bahagia dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak2. Semoga kita adalah orang yang sama-sama takut akan kehilangan.”

Untuk info, isteri Faizal Hussein adalah Suhaila Sulaiman. Faizal Hussein dan isteri telah mendirikan rumahtangga pada 2004.

Sponsored

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang kagum dengan kesetiaan dan kebahagian pelakon lelaki ini. Berikut antara komen ramai yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Faizal hebat kerana buat isteri tidak rasa tergugat walau dalam apa keadaan pun..Moga kekal bahagia hingga jannah”

“Saya suka kenyataan last, ‘semoga kita ada orang yang takut akan kehilangan’. Sweet sangat..Jarang orang guna ayat sebegini”

“Idea bijak para artis yang lama berumahtangga menegur pasangan yang baru nak merasa alam rumahtangga. Semoga kekal bahagia abang dan isteri”

“Ramai artis up video menghargai isteri. Tadi video Yusry, lepas tu Datuk Rosyam, then Farid Kami ni Faizal Hussein pulak..Terbaik”