Video isteri Fizo Omar sebelum & selepas tular, “Cantik dan cute”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon, Fizo Omar yang mana dia kini bahagia dengan isteri dan anak-anaknya. Menerusi satu perkongsian video bagaimanapun membuatkan dia dan isteri mencuri tumpuan ramai di media sosial.

Umum diketahui, sebelum sah bergelar suami dan isteri, wanita pilihan hati Fizo Omar tidak diketahui umum dan peminat mereka namun selepas majlis akad nikah pasangan sama cantik, sama padan ini membuatkan mereka begitu mendapat perhatian dengan dipuji sama cantik, sama padan.

Sponsored

Terima pujian ramai

Malah kecantikan Fazeera Nazri Azrai juga hangat diperkatakan netizen dan nampaknya dalam perkongsian video terbaharu ini membuatkan orang ramai dapat melihat siapakah wanita pilihan hati pelakon kacak ini sebelum ini. Dalam tulisan 2019, dipaparkan Fazeera Nazri Azrai lengkap dengan seragam kerjanya sebagai pramugari.

Sponsored

Walau bagaimanapun, selepas hampir lima tahun berlalu Fazeera Nazri Azrai bersama anaknya. Perjalanan kehidupan dia dan Fizo Omar membuatkan peminat juga mendoakan yang terbaik buat mereka.

@iamfizoomar

Duda Airways “Flying to Jannah Together”

♬ original sound – Fizo Omar – Fizo Omar

Hantaran tersebut dalam pada masa yang sama kecantikan sebelum dan selepas Fazeera Nazri Azrai itu menerima pujian diruangan komen yang dikatakan cantik dan comel. Muat naik video pendek itu bagaimanapun menarik tumpuan ramai dengan ditinggalkan ribuan tanda suka yang turut didoakan kebahagiaan buat pasangan berkenaan.

Sponsored

‘Cantik dan cute’

‘Moga kekal bahagia both of you’

‘Kacak muka nyaa’