Video ‘sweet’ Hana & Da’i Syed buat netizen terikut sengih, “Bercinta selepas kahwin”

Sponsored

Sejak kebelakangan ini, pasangan selebriti yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu, pendakwah bebas Da’i Syed, 27, dan pengacara Hana Ismail, 36, sering menjadi sorotan ramai di media sosial. Mana tidaknya, kisah pertemuan mereka yang sah bergelar suami dan isteri ini mendapat perhatian.

Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful difahamkan sudah bertunang dengan Hana Ismail pada 23 Oktober lalu dan disatukan pula baru-baru ini dengan sekali lafaz. Pasangan sama cantik, sama padan ini juga membuatkan peminat tumpang bahagia melihat mereka yang turut sweet bercinta selepas berkahwin.

Sponsored

Sweet bersama

Menerusi satu muat naik dikongsikan Hana Ismail bagaimanapun membuatkan ramai tertarik melihat gelagatnya yang tersenyum bahagia disisi suami. Memandangkan pasangan ini jarang dilihat bersama, video berkenaan dengan pantas masuk ke ruangan fyp atau for your page di aplikasi ini dengan meraih hampir 150,000 tanda suka.

Sponsored

Dalam pada itu, senyuman Hana Ismail dan Da’i Syed yang mana dalam pada masa sama pengacara jelita ini menulis kapsyen, “Assalamualaikum suamiku, Da’i Syed,” menyebabkan juga netizen terikut tersenyum. Sama cantik, sama padan!

Video jadi tumpuan ramai

Sponsored

Dalam pada itu, kecantikan Hana Ismail juga dipuji ramai apabila ada yang mengatakan wajahnya itu juga seperti gabungan antara selebriti, Irma Hasmie, Mira Filzah dan pempengaruh dikenali sebagai Nelysa Norazlan.

‘Aii kenapa dengan saya sekali sengeh ni’

Da'i Syed

‘Sweetkan bercinta selepas kawen’

Sebijik terus muka korang laki bini’

Da'i Syed