Pengguna Pertikaikan Nombor Giliran Kaunter Imigresen Cepat Habis, “Sehari 90 Nombor Je”

Sponsored

Rasanya sesiapa yang pernah berurusan di kaunter jabatan kerajaan tertentu pastinya ‘masak’ sangat dengan suasana sesak jika datang pada waktu dan hari yang tak kena.

Antara kaunter jabatan kerajaan yang sering terima ramai pengguna adalah Jabatan Imigresen. Biarpun ada pilihan yang mana ada kaunter Imigresen dibuka di UTC, namun kesesakan yang berlaku kadang-kadang diluar jangkaan.

Sponsored

Terbaharu satu video seorang pengguna meluahkan ketidakpuas hatinya telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu dipaparkan orang ramai berkerumun di depan pintu masuk jabatan berkenaan.

Berikut adalah rakaman yang memaparkan kesesakan akibat nombor giliran habis awal tersebut:

Sponsored
@dak_along_je

Letih la camni.. kena perbaiki kaedah yg lebih baik utk rakyat. @Jabatan Imigresen Malaysia @IMIGRESEN_MALAYSIA @Jabatan Imegresen malaysia

♬ bunyi asal – Abg Long – Abg Long

Difahamkan individu ini beratur sejak 6 pagi, manakala kaunter dibuka jam 8 pagi. Namun 15 minit kemudian nombor giliran sudah habis.

Tambahnya lagi hanya 60 nombor giliran sahaja bagi sesi tersebut dan mereka diminta untuk beratur jam 2 atau 3 pagi. Biar benar?

Sponsored

“Beratur jam 6 pagi. Kaunter buka jam 8. 8.15 nombor dah habis. Sehari 90 nombor je. Kena beratur jam 2 atau 3 pagi katanya. Baik pacak khemah depan kaunter je”

Malah dalam rakaman ini tersebut turut terlihat pegawai yang menerangkan keadaan kepada pelanggan di situ. Katanya kuota bagi pelanggan yang datang pada hari biasa adalah lebih kurang 100 ke atas. Manakala urusan di kaunter pula mengambil masa satu jam untuk 10 pelanggan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memohon kepada pihak berwajib dan berkaitan membaik pulih sistem supaya memudahkan dan melancarkan urusan pengguna.