Bekerja di bahagian F&B sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Macam sebuah video yang tular di media sosial kini apabila seorang barista dimaki hamun oleh seorang pelanggan yang tidak berpuas hati mengenai sesuatu.
Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan barista tersebut dan beberapa rakan pekerjanya yang sabar melayan kerenah seorang pelanggan. Difahamkan, pelanggan itu mengamuk dan marah apabila dia menerima minuman Americano di dalam cawan yang bersaiz kecil.
Oleh itu, supervisor kedai kopi tersebut kemudian menerangkan dengan baik memang hanya terdapat satu saiz cawan sahaja yang ditawarkan untuk minuman Americano di situ. Walaupun ditengking dan dimaki oleh pelanggan tersebut, barista itu masih lagi kekal tenang dan cuba sebaik mungkin menjelaskan perkara sebenar.
Perkongsian video terbabit kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya tampil mempertahankan barista itu. Malah netizen turut mempersoalkan tindakan pelanggan tersebut yang sengaja membuat kecoh dan enggan mendengar penjelasan yang diberikan ini.
Komen netizen
Dalam masa yang sama, ramai yang memberikan pujian terhadap barista terbabit yang cukup tenang melayan kerenah pelanggan seperti ini. Ada juga yang memahami perasaan wanita itu yang perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan sepanjang bekerja.
Netizen turut menjelaskan setiap kedai pastinya mempunyai SOP mereka yang tersendiri dan tidak boleh melanggarnya semata-mata demi kemahuan pelanggan. Tambah netizen, pelanggan tetap di kedai kopi itu juga lebih tahu mengenai saiz cawan yang digunakan di situ.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.