Warga Bangladesh Selamatkan Mangsa Banjir Dipuji, “Baik Betul Diorang Walaupun Bukan Orang Kita”

Sponsored

Umum sedia maklum keadaan banjir teruk melanda beberapa kawasan di Pantai Timur kini. Rumah dan kedai tenggelam dinaiki air pada waktu malam membuatkan penduduk tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

Malah dengan ada yang tidak sihat, anak-anak kecil menyukarkan pergerakan keluar jauh dari kawasan rumah. Selain dari itu arus banjir yang agak kuat juga membuatkan sukarelawan dan penyelamat bot serta sampan sukar untuk memasuki sesetengah kawasan terjejas.

Sponsored

Biarpun begitu, baru-baru ini satu rakaman dengan makluman yang memberitahu warga Bangladesh selamatkan mangsa banjir telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut dapat dilihat mangsa banjir sedang duduk di atas bumbung rumah.

Sebuah helikopter terbang di udara, mangsa cuba memanggil dengan melambai-lambaikan ke arah pengangkutan tersebut. Namun diendahkan kerana perlu menyelamatkan yang lebih memerlukan.

Sponsored
@farahn.zainal

Replying to @Ceo Sting Akuu kami naik sampan, boleh tengok video yang saya pin kan☺️ #banjir2021 #primakaraksetia #bentongpahang #prayforpantaitimur

♬ Bintang di Surga – Noah

Biarpun begitu, mangsa banjir ini telah diselamatkan oleh warga Bangladesh dan penduduk di Prima Karak dengan menaiki sampan. Perkara yang dikongsikan menerusi akaun TikTok farahn.zainal ini yang memaparkan warga Bangladesh selamatkan mangsa banjir telah meraih perhatian ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan warga asing ini yang tidak mengira bangsa dan warganegara untuk diselamatkan.

Sponsored

“Baik betul diorang walaupun bukan orang kita..Balas jasa diorang nanti sis”

“Lepas baca warga Bangladesh tolong akak..Terus sebak, mata berkaca2”

“See orang yang selalu kena hina maki dia yang berguna sekarang”

“Lepas ni semua kena beli jaket keselamatan yang siap ada wisel. Siap2 pakaikan dekat family. Kalau ada apa2 boleh terapung n tiup wisel. Murah dan praktikal”