Yusof Haslam Izinkan Isteri Jadi Pencelah Kes Injunksi, “Salah Tetap Salah, Sekali Pun Darah Daging Sendiri”

Sponsored

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan kes injuksi Puteri Sarah terhadap Ira Kazar yang bakal dibicarakan tidak lama lagi. Pelakon dan model Puteri Sarah bakal hadir ke mahkamah kerana dikatakan isteri kedua Syamsul Yusof itu telah melanggar perintah dikeluarkan mahkamah.

Sebelum ini kecoh apabila Syamsul Yusof dikatakan akan jadi pencelah dalam kes berkenaan nanti. Tidak lama kemudian, Puteri Sarah pula memaklumkan ibu mertuanya juga akan menjadi pencelah dalam perbicaraan berkenaan.

Sponsored
Puteri Sarah Liyana

Yusof Haslam sokong isteri jadi pencelah

Memetik laporan Kosmo!, Datuk Yusof Haslam menyokong keinginan isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi dalam kes injuksi berkenaan.

Menurut penerbit filem itu, Yusof Haslam yakin isterinya mempunyai alasan kukuh untuk menjadi pencelah dalam kes berkenaan kerana dia antara orang paling dekat dengan Puteri Sarah.

Sponsored

Melihat sendiri situasi rumahtangga anak dan menantunya

Malah dirinya sendiri melihat situasi rumahtangga anak dan menantunya itu. Disebabkan itu, Yusof Haslam izinkan isteri jadi pencelah dalam kes injunksi berkenaan nanti.

“Isteri saya telah beritahu dan meminta keizinan untuk beri keterangan selaku pencelah bagi kes tuntutan yang dikemukakan Sarah kepada pihak ketiga.

Sponsored
Yusof Haslam dan isteri

Bukan niat menyebelahi sesiapa…

Selain dari Yusof Haslam izinkan isteri jadi pencelah itu, beliau juga akui bukan niat mahu menyebelahi sesiapa tapi hanya berpihak kepada yang benar.

“Kami bukan mahu menyebelahi sesiapa tetapi andai anak kami terkhilaf, tentu kami berpihak kepada yang benar. Salah tetap salah, sekali pun darah daging sendiri,” kata Yusof Haslam.

SumberKosmo!