Telekung Dato Seri Vida Jadi Pertikaian Netizen, “Pernah Dengar Tabaruj Tak?”

Sponsored

Pada Khamis, umat Islam seluruh Malaysia telah menyambut bulan mulia yang dinanti-nantikan iaitu Ramadan. Bulan dipenuhi dengan amal ibadat dan penuh keinsafan.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu video ucapan selamat menyambut bulan Ramadan dari usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida telah mencuri perhatian ramai.

Sponsored

Manakan tidak, dalam muat naik tersebut Dato Seri Vida mengenakan telekung ekstravaganza saiznya dengan berlatarbelakangkan sebuah masjid.

Berikut adalah perkongsian rakaman telekung Dato Seri Vida yang menjadi perhatian ramai itu dan dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya:

Sponsored

“Alhamdulillah Solat Terawih pertama malam ini. Salam Ramadhan dari saya. Selamat Berpuasa semua umat Islam”, tulis Dato Seri Vida di ruangan kapsyen perkongsian tersebut.

Untuk info, sebelum ini penampilan Dato Seri Vida menghadiri acara gemilang Gempak Most Wanted dengan mengenakan telekung hampir sama seperti ini pernah menjadi perhatian umum. Malah dalam satu muzik video nyanyian usahawan ini juga dia pernah menggayakan telekung bersaiz besar begini.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kesungguhan menggayakan telekung dengan saiz sebegini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian telekung Dato Seri Vida ini:

“Sah ke solat pakai kanopi?”

“Kalau ikhlas dan jujur alhamdulillah. Islam bukan agama main2 kalau sekadar content telekung tu sungguh memalukan..Untuk apa semuanya dia buat content, sampai tiada sensitif dah dalam kehidupan”

“Buat apa lah telekung labuh seret gitu. Kalau dah seret macam tu tak ke kotor..Pastu susahkan orang sekeliling sebab nak kena berjaga2 takut terpijak”

“Saf belakang sujud. Bila bangun dari sujud dah masuk alam lain..Emm”