“Weh bangga la”- Akhirnya Sofyank kongsi video bersama Paul Rudd, ramai teruja!

Sponsored

Selama beberapa minggu menantikan perkembangan terbaharu antara pempengaruh dan content creator terkenal, Sofyank dengan pelakon popular, Paul Rudd nampaknya ramai merasa teruja selepas dia akhirnya berkongsikan video dihasilkan bersama artis tersebut.

Sofyank sebelum ini berkongsikan kepada ramai bahawa dia bakal menemui, pelakon filem terkenal itu dan menghasilkan video bersama. Kejayaan terbaharunya itu mendapat perhatian ramai termasuklah selebriti di Malaysia.

Sponsored

Akhirnya Sofyank kongsi video baharu

Terbaharu, selepas kurang satu jam memuat naik video yang dihasilkan bersama Paul Rudd di ruangan Instagram peribadinya, Sofyank dihujani dengan komen teruja peminat dan pengikut apabila turut kagum dengan video yang dihasilkan ini.

Sponsored

Dalam video ini, Sofyank nampaknya menggunakan kreativitinya untuk menemui Paul Rudd seperti dalam filem lakonan pelakon terkenal itu, Ant-Man. Paul Rudd juga dilihat terkejut dengan bakat Sofyank sehingga beberapa kali terkedu dalam rakaman ini.

Menjengah ke ruangan komen ternyata dengan pantas ramai yang telah menunggu untuk melihat karya Sofyank pada kali ini teruja kerana akhirnya dapat melihatnya. Seperti biasa kelebihannya dalam menghasilkan video menerima pujian ramai.

Sponsored

Sofyank bagaimanapun turut berterima kasih dengan komen yang diterimanya dan berkata dia menghargai setiap komen diberi selain turut berharap penantian mereka membuahkan hasil.

‘Korang terima kasih banyak-banyak untuk komen. Saya hargai sangat-sangat semua yang komen…’

‘Next level…’

SumberSofyank