Cikgu Ayu Mohon Maaf Mengenai Isu Anak Meragam Di Restoran, “Ada Yg Cakap Saya Tak Cuba Tenangkan..”

Sponsored

Sejak semalam kecoh dengan isu seorang pempengaruh terkenal di TikTok yang meluahkan pendapat mengenai anak menangis di kedai makan dan dijeling oleh pelanggan. Menurut figura ini, orang ramai tidak sepatutnya berbuat demikian dan jika mahukan suasana aman boleh makan di rumah.

Kenyataan Cikgu Ayu ini menimbulkan rasa kurang senang ramai. Malah usahawan dan adik kepada selebriti, Betty Rahmad turut bersuara mengenai isu tersebut.

Sponsored

Susulan itu, Cikgu Ayu mohon maaf kepada semua yang terasa mengenai kenyataannya sebelum ini. Menerusi satu muat naik terbaharu di Tiktok milik individu ini memohon maaf kepada semua.

Berikut adalah video kenyataan maaf dari individu ini mengenai isu yang sudah kecoh di sosial media tersebut:

Sponsored
@cikguayu_imtecer

Replying to @💫 iii•zUueee terima kasih yg tampil bgthu.. n mohon maaf dr sy☺️#cikguayu

♬ Bil Qur’ani Sa’amdhi – Hidayat

Terang Cikgu Ayu dalam video tersebut, dia sudah pun cuba menenangkan anaknya yang meragam itu dan ‘struggle’ dirinya untuk anak berusia setahun lebih diam. Tulisnya lagi bukan orang bujang yang menjeling tetapi satu keluarga.

“Ada yang cakap saya tak cuba tenangkan..Tak gilir ngn suami..Saya berulang kali bangun keluar tenangkan anak..Orang boleh judge tapi orang tak nampak strugle saya bagi baby diam..”

Sponsored

Tambahnya lagi disebabkan kejadian itu dia terus bangun dan tunggu di dalam kereta dan pada waktu itu mereka sedang bercuti. Selain itu dia turut akui terima teguran ramai mengenai isu berkenaan dan mohon maaf kepada semua yang terguris dengan kata-katanya sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Kadang2 statement yang nak keluar dari mulut kita tu kita kena pikir dulu..Sebab masing2 ada hak cikgu..Dunia ni bukan milik kita seorang..Lebih baik diam kan”

“Saya pun anak tiga juga paham situasi Cikgu Ayu. Mungkin orang boleh je terima keadaan anak cuma ada sikit kate cikgu menguris ramai pihak”

“Lepasni cikgu kalau leh cikgu tapis2 dulu setiap posting..Sebab setiap percakapan kita mencerminkan diri kita..”

SumberTikTok