Bella Astillah tanpa solekan raih perhatian, ada yang kata macam Song Hye Kyo

Sponsored

Nama Bella Astillah sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Bakatnya bukan sekadar sebagai seorang pelakon malah turut diakui sebagai seorang penyanyi selepas menyertai Famili Duo baru-baru ini.

Tak sangka kecil-kecil cili padi orangnya! Terbaharu muat naik di Instagram Bella Astillah telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut dipaparkan foto Bella Astillah tanpa solekan yang terserlah kecantikan semulajadinya.

Sponsored

Dalam perkongsian tersebut Bella dilihat di dalam kereta dan tersenyum di kamera. Di ruangan kapsyen Bella Astillah menulis seperti berikut:

“Good morning! Have a great day at work. Btw cuba kira ada berapa tahi lalat di muka Bella”

Sponsored

Berikut adalah perkongsian foto Bella Astillah tanpa solekan yang telah membuatkan ramai memuji selebriti jelita ini:

Perkongsian tersebut telah meraih hampir 30 ribu likes dan ratusan komen. Meninjau di ruangan komen, ada yang memuji Bella Astillah kelihatan muda dan seakan budak sekolah. Tak kurang juga yang akui wajah Bella iras Dato’ Sri Siti Nurhaliza masa muda.

Sponsored

Selain itu ada juga yang mengatakan Bella Astillah seiras pelakon Korea dikenali dengan nama Song Hye Kyo. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

“Cantik biarpun tanpa solekan. Kekal cantik seperti belum ada suami dan 2 anak. Cantik”

“Lawa la ba. Kulit pun wowww..Memang natural beauty”

“Bella baru lepas UPSR ke”

“Ingat kan Siti Nurhaliza masa muda”

“Comelnya Bella macam budak sekolah rendah”