“Wey dia telan halkum Cakra Khan”- Cakra Khan tergamam dengar suara nyanyian pemuda Sarawak ini

Sponsored

Sebut sahaja nama Cakra Khan, dia tidak hanya popular di Indonesia malah dia juga mempunyai ramai peminat di Malaysia. Umum diketahui, Cakra Khan memiliki suara yang cukup unik membuatkan ramai tidak terlepas mengikuti perkembangannya.

Malah lagu-lagu milik Cakra Khan juga sehingga kini tidak pernah mengecewakan buat peminatnya. Terbaharu pula, nampaknya Cakra Khan pula tergamam melihat seorang pemuda yang difahamkan dari Sarawak memiliki suara seperti dirinya.

Sponsored

Cakra Khan tergamam

Menerusi satu muatnaik rakaman video panjang ini memaparkan Cakra Khan di atas pentas, kedengaran pula suara seakan Cakra Khan yang menyanyi namun rupa-rupanya ia adalah suara milik daripada pemuda dari Sarawak.

Sponsored

“Bila ada orang Sarawak suara sama dengan Cakra Khan,” tulis pemilik video tersebut yang mengundang warganet juga tergamam mendengarkan suara mereka.

Perkongsian video tersebut yang meraih ribuan tanda suka itu membuatkan ramai teruja dan mengakui suara pemuda tersebut hampir sama dengan Cakra Khan sehinggakan ada yang berseloroh adakah dia menelan penyanyi itu sendiri.

Sponsored

‘Dulu Bob ni pernah viral. Sampai sekarang tunggu dia jadi artis rakaman. Suara padu mat, sejibik Cakra Khan’

Cakra Khan

‘Disebabkan suara dia sejibik dengan CK. CK pun terpaksa tinggikan nada dia untuk harmonizekan duet. Kaw kaw padu’

Cakra Khan

‘Perghh, feel habis ku dengar suaranya. Unik’

‘Wey dia telan halkum Cakra Khan’