Minggu lalu, cerekarama berjudul Saat Hilang Cintamu menjadi bualan hangat warganet. Ditayangkan di TV3, hasil lakonan Zamarul Hisham dan Rita Nadira selaku bintang utama membuatkan ramai bergenang air mata.
Apatah lagi telefilem itu adalah berdasarkan kisah benar. Buat pertama kalinya Zamarul Hisham digandingkan bersama Rita Nadira, ternyata lakonan mereka nampak serasi dan menjadi.
Menerusi satu sesi live di TikTok, Zamarul Hisham memuji lakonan Rita Nadira tersebut. Malah Zamarul juga memuji keperibadian yang ada pada Rita Nadira biarpun pelakon baru.
Watak Salina sangat susah
Malah Zamarul Hisham dedah yang Rita Nadira akui watak Salina yang perli dilakonkan sangat susah baginya. Manakan tidak karakter Salina dari seorang isteri yang patuh bertukar kepada sebaliknya.
“Seorang pelakon yang tak banyak songeh di set, pandai bergaul, menghormati. Dia ada bagitau yang watak Salina ni sangat susah.
“Sebagai pelakon, nak twist karakter tu tak boleh secara mendadak. Abang cakap kat dia just follow the flow. Kalau niat kita betul insyaAllah akan menjadi. Rita adalah pelakon yang berkaliber biarpun di pelakon baru. Sepanjang bekerja tak pernah ada masalah. Ada chemistry. So far ok.”
Zamarul Hisham dedah masa dapat skrip…
Selain dari itu, Zamarul Hisham juga dedah masa dapat skrip Saat Hilang Cintamu dia berasa berdiri bulu roma. Kisah Razil yang setia dengan isterinya biarpun dikhianati benar-benar berlaku.
“Masa dapat skrip dan tahu itu dari kisah benar, berdiri bulu roma abang. Abang cakap dengan director dan produser insyaAllah kita buat yang terbaik.
“Dalam Saat Hilang Cintamu ni bukan nak berlakon sangat pun. Cuma nak bagitau penonton yang zaman sekarang ni ada lagi lelaki yang setia.”