Sam Bunkface Menafikan Tuduhan Bekas Isteri Tentang Pengabaian Anak

Sponsored

Penyanyi vokalis terkenal kumpulan Bunkface, Sam memuat naik satu hantaran video di laman Instagram miliknya mengenai tuduhan pengabaian tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak mereka, Maleeq.

Menerusi video berdurasi tujuh minit itu, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa, sebaliknya untuk membersihkan reputasinya dan keluarga daripada tuduhan itu.

Sponsored

“Saya tak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan tak pernah mengabaikan nafkah anak walaupun sebulan. Saya siap bayar lebih dan menjaga Maleeq selama dua minggu, bergilir dengan Aida (bekas isteri) dalam setiap bulan,” dakwanya.

Menurut video tersebut, Sam juga menjelaskan menegapa dia mengemukakan permohonan pindaan nafkah anak. Difahamkan bekas isterinya, Aida meminta jumlah yang terlalu tinggi.

Sponsored

“Dia minta RM1,300 untuk sebulan dan saya mohon pindaaan nafkah ini pada dua tahun lalu. Penjagaan Maleeq adalah sama rata, saya dua minggu dan Aida pun dua minggu dalam masa sebulan.

“Aida minta saya jumlah untuk menjaga Maleeq selama dua minggu. Masuk akal tak saya mohon pindaan ini ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana punca pendapatan saya sangat terhad dan lebih dua tahun perniagaan saya terjejas.

Sponsored

Bagaimanapun, Sam menyatakan, walaupun PKP ketika itu masih berlanjutan, dia tetap menjalankan tugas sebagai bapa dengan menjaga Maleeq selama dua minggu tanpa gagal, dan nafkah tetap dibayar setiap bulan.

“Kos saya menjaga Maleeq selama dua minggu lebih kurang RM250, kenapa dia jaga sampai RM1,300?,” ujar Sam.

Sementara itu, Sam turut mendakwa sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya, Maleeq kerana Aida membawa Maleeq ke Melaka tanpa penegetahuan Sam.

“Saya risau, jadi saya hantar surat kepada peguamnya tetapi tiada respon. Selepas beberapa kali ditanya, barulah Aida beritahu Maleeq di Melaka.

“Masalahnya Aida kerja di Kuala Lumpur, jadi siapa yang jaga Maleeq di sana? Rupa-rupanya nenek Maleeq yang jaga dan dia tak jaga pun, tetapi nafkah tetap minta dengan jumlah tinggi,” dakwanya lagi menurut video tersebut.

Sam Bunkface Menafikan Tuduhan Bekas Isteri Tentang Pengabaian Anak
Gambar perkahwinan Sam dan Aida
Sumber: Google

Untuk makluman, Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada April 2015 namun jodoh tidak berpanjangan dan bercerai pada Januari 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleeq yang kini berusia enam tahun.

SumberInstagram