Cinta Bertaut Kembali, Aedy Akui Amelia Wanita Paling Istimewa

Sponsored

Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang teruja mengenai hubungan mereka. Baru-baru ini, hubungan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dipercayai berputik semula.

Menurut laporan, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi mengakui mereka memang sedang menjalinkan hubungan yang serius dan menyatakan Amelia ialah wanita paling istimewa di hatinya sekarang.

Sponsored

“Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah,” katanya sewaktu ditemui sumber, semalam.

Bagaimanapun, Aedy berpesan agar peminat tidak menaruh harapan tinggi terhadap hubungan mereka. Namun, dia yakin hubungannya dengan Amelia kini menuju ke arah yang lebih baik.

Sponsored

“Tapi tak salah pun untuk mereka berharap dan kalau tak jadi, jangan sedih atau apalah. Kami buat yang terbaiklah untuk diri kami masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, Amelia turut mengatakan dia akan jadi peminat terbesar buat Aedy dan mendoakan hubungan mereka akan kekal rapat buat selama-lamanya.

Sponsored
Cinta Bertaut Kembali, Aedy Akui Amelia Wanita Paling Istimewa
Sumber: Kartel Dakwah

“Ini kerana, dia sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya untuk dia. Terus-terang, itupun sudah cukup untuk kita harapkan daripada kawan-kawan yang kita ada,” kata Amelia.

Dalam pada itu, apa yang lebih teruja, Amelia baru-baru ini berbuka puasa bersama keluarga Aedy di sebuah hotel.

Sebelum ini, kecoh mengenai Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan pada Mac tahun lalu. Namun, dipercayai hubungan percintaan mereka tidak berpanjangan dan telah putus pada Julai tahun lalu.