Khairul Aming Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan, Ramai Puji Usaha Murni Anak Muda Ini!

Sponsored

Anak muda dikenali dengan nama Khairul Aming ini adalah salah seorang usahawan dan influencer yang cukup terkenal dengan personalitinya yang menarik. Cukup kreatif menghasilkan video masakan, biarpun hanya menu ringkas namun mampu buat penonton terpengaruh untuk mencubanya.

Di sebalik keramahannya di sosial media, ternyata secara realitinya Khairul Aming cukup baik hingga boleh dijadikan contoh. Baru-baru ini Khairul Aming bantu mangsa banjir di Kelantan telah meraih perhatian warganet.

Sponsored

Misi bantuan kedua

Dalam perkongsian satu video yang dimuat naik oleh figura ini, Khairul Aming menceritakan ini adalah misi bantuan kedua selepas yang pertama beberapa hari lalu. Katanya misi bantuan pertama Khairul Aming dan pasukan mengedarkan minuman dan makanan kepada mangsa banjir.

Dalam misi kali ini pula Khairul Aming bantu mengedarkan barang keperluan rumah kerana banjir sudah mula surut dan rata-rata penduduk pulang ke kediaman masing-masing. Berikut adalah video Khairul Aming bantu mangsa banjir yang dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya:

Sponsored
@khairulaming

Kelmarin sebahagian dari team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan untuk salurkan bantuan banjir. Kita cuba bawa sebanyak mungkin bantuan untuk kurangkan beban mangsa banjir kat sana 🙏🏻

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Bantuan kedua adalah terdiri dari keperluan asas seperti makanan, toto, bantal, telekung, sejadah dan sebagainya. Tambah Khairul Aming lagi keadaan selepas banjir agak teruk kerana ada penduduk yang terjejas setelah air naik sehingga ke atap rumah hingga menyebabkan kerosakan kediaman dan kenderaan.

Penduduk terjejas teruk

Selain dari itu tidak semua tempat boleh masuk ke kawasan terjejas. Jadi Khairul Aming dan pasukan Sambal Nyet perlu menaiki sampan untuk ke sana.

Sponsored
Khairul Aming

Sempat juga Khairul Aming meninggalkan nasihat jika ada yang berkesempatan dan berkemampuan untuk bantu mangsa-mangsa banjir yang bukan sahaja di Kelantan malah di negeri lain juga.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata pujian atas usaha murni usahawan dan influencer dikenali dengan nama Khairul Aming ini.