Pelakon Bawa Kereta Melulu, Kekasih Tercampak Ke Jalanraya

Sponsored

Semalam tular di di sosial media apabila satu rakaman yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Myvi dipandu secara melulu di jalanraya. Dalam rakaman berdurasi 42 saat itu kelihatan jalanraya agak sibuk dan banyak kenderaan menggunakannya.

Video tular di sosial media

Menerusi perkongsian di TikTok Utusan, sebuah kenderaan dibawa secara berbahaya memotong secara terus menerus sehingga menyebabkan seorang wanita tercampak keluar dari kereta. Berikut adalah rakaman tersebut:

Sponsored
@utusantvofficial

Replying to @semuasembangspurs . PART 2: Bukan 😅. Baru berjinak² dalam dunia lakonan. #myvi #mrr2 #trendingnewsmalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Si pelaku adalah pelakon

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2, Hulu Kelang dan si pelaku sudah pun ditahan polis bagi membantu siasatan. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku sekitar 5.30 petang itu gara-gara pelakon lelaki tersebut bertengkar dengan teman wanitanya.

Ini menyebabkan pelakon bawa kereta melulu dan dalam keadaan berbahaya serta terlanggar kenderaan jenis Toyota Innova. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dipercayai mangsa yang tercampak juga adalah teman wanita pelakon tersebut berusia 25 tahun.

Sponsored

Netizen berteka-teki

Di ruangan komen, rata-rata warganet mula berteka-teki siapakah pelakon bawa kereta melulu tersebut yang hilang pertimbangan sebegini. Malah ada juga yang mendesak supaya memberitahu siapakah pelakon tersebut.

“Bagitahu jelah sape, jiwa membawang aku ni meronta ronta nak tahu sapeeeeeee kah itu”, tulis seorang pengguna sosial media.

Sponsored

Selain dari itu ada juga yang bergurau mengenai kejadian tersebut dengan menganggap pelakon itu sedang menjalani penggambaran.

“Pikir positif tgh shooting tu”, tulis salah seorang netizen.